
Ramai penjawat awam masih keliru bagaimana nak mula mohon pinjaman perumahan melalui LPPSA. Jangan risau, KAC Wealth kongsikan panduan mudah, langkah demi langkah:
Langkah 1: Daftar Akaun LPPSA
- Layari https://www.lppsa.gov.my
- Klik “Daftar Akaun Baru” dan lengkapkan maklumat seperti IC, nama, email dan kata laluan.
Langkah 2: Login dan Pilih Jenis Pembiayaan
- Setelah aktifkan akaun, login ke portal.
- Klik “Permohonan Baru” dan pilih jenis pinjaman (beli rumah, bina rumah, ubahsuai, dll).
Langkah 3: Isi Maklumat Diri dan Hartanah
- Masukkan maklumat peribadi, jawatan, gaji, serta maklumat rumah (alamat, harga, pemaju atau SPA).
Langkah 4: Muat Naik Dokumen Sokongan
- Slip gaji 3 bulan terkini
- Surat pengesahan jawatan
- Salinan IC disahkan majikan
- SPA / dokumen rumah
- Penyata KWSP / surat lantikan
Langkah 5: Hantar Permohonan
- Semak semua maklumat
- Klik “Hantar” dan cetak slip permohonan
- Majikan anda akan terima notifikasi untuk sahkan permohonan anda
Tips:
- Pastikan semua dokumen dalam format PDF
- Nama fail mudah difahami (cth: SlipGaji_Mei2025.pdf)
Proses ini nampak teknikal, tapi sebenarnya sangat mudah bila anda tahu langkahnya.